playlist

Tuesday, 25 March 2014

Menutup Aurat

Aku nak kongsi satu cerita yang buat aku berfikir dengan panjang.

Pada suatu hari sang helang telah membaham seekor arnab yg putih lagi comel. Eh nih cita apa. Bukan cita nih nak cita tapi cerita nih boleh buat pengajaran yang baik untuk kita.

Haritu aku ikut mak aku pergi market beli barang untuk masak laksa so dipendekkan cerita , time dah habis bayar kat casher tiba tiba mama kata,

"Ya Allah dayah,mama lupa beli nanas !"

"Alaa maa beli kat kedai runcit boleh apa" Aku buat muka bosan -.-

"Tapi kat sini murah" 

Dalam hati aku 'Alahai pulak dah'

"Dayah tunggu kejap eh? mama masuk jap"

"Okay,Dini meh teman akak" Panggil adik ~

"Ala kakak tunggu luar,mama kejap je nih,meh dini,ikut mama" Sambil diperhatikan oleh casher laki tu,buat aku bengang je,dah lah handsome haha sempat lagi tuu.

Okay aku pun keluar then pegi kat kedai tudung. Tengok sambil makan chipsmore..
Sambil aku tengok tu ada akak nih,dia tak pakai tudung pastu dia beli tudung. Pastu aku biarkan jelah then sambung tengok tudung kat situ.
Sambil aku tengok tengok, kak tu tegur aku. Aku terkejut.

"Dik, tumpang tanya, panas tak pakai tudung?"

"Err tak. Tak"

"Ouh ya ke? Dah tua bangka macam nih baru nak pakai tudung. ha ha" Dia tak lah tua. Dalam 20 an gitu. Cantik orangnya.

"Haha baru baru mmg lah rasa panas, lama lama okay lah,nnti selesa"

"Ouh ya lah dik, Terima kasih ya"

"Hee sama sama"

Pastu dia pegi. Then aku pun terfikir sejenak. Alhamdulillah Tergerak hati dia untuk menutup aurat. Tambah sorang kaum hawa yang ingin menutup segala yang dikatakan aurat. Syukur.

The moral of the story is Janganlah judge orang yang baru nak menutup aurat ataupun yang ingin menuju kearah kebaikan malah kita harus bersyukur kerana dia sudah mendapat hidayah daripada Allah untuk menutup aurat .Alhamdulillah :)

No comments:

Post a Comment