playlist

Wednesday 23 January 2019

Assalamualaikum...
Hi hahahaha really awkward to start over writing blog...

Ahahah even I know nobody would read this but I just saje jee nak throwback memories when I was so into with writing blog so yeahhh..

Last updated blog was year 2016 which is I was form 4 at that time.. and now is January 2019. How time fliesss righttt
Actually I was cleaning my google account, update my gmail like adding some theme on my gmail so it can looks pretty as meee wahh jk and then I changed my profile photo to the updated picture of mine hhahah anddd pappppp I saw my blog.. my precious blog and I was like 'omaigad I forgot that I actually had blog like uuuuu hahahhaha'
It's sooo embarrassing bila baca balik all over my kiddish thingss.. but it's totally fun 
I just thought what if I delete my blog emmm but nahh tunggu bape tahun lagi baru delete kottt sbb mana tahu kannn.. okay enough with my mcm mana boleh terbukak blog 

So now session 'what i am doing rn with ma life'
Okay first now I tengah semester break for semester 1.. and naik semester 2 on 24feb something..
Last paper final which is pre calculus subject was on 13jan.. and masatu habis paper petang dlm pukul 5:15pm and then straight away balik sbb esoknya mama ngan ayah kerja so nobody can pick me up and angkut semua barang so yeah nak taknak kene balik petang tu gak.. and now lebih kurang seminggu lebih gak duduk rumah and do nothing.. it's really fun to back home if my friends also ade kat kulai but UiTM tak sama kan cuti dengan U lain so dorang takde tu yang duk rumah je.. nak keluar pon takde sapa nak teman ..
But CNY is coming soon so dorang cuti seminggu yeayyy.. Can't wait to hangout with themm...

Actually I am afraid to start a new semester because all the subjects really tough like account, economics, and codding programming.. It's really new knowledge for me and I don't have any basics so I am a bit scared of it.. In addition my club, PAC club buat banyak gila event besar for next sem.. takut stresssss
I don't really like being stress you know... It's so frustrated sbb I will be so angry and no mood all of sudden.. and my surrounding people are always messed up...especially this 'someone' is really selfish person and think that she's always right with everything ughh just thinking about her can increase my level of stress apatah lagi nak hadap dia sem depan ugh pleasee
And for next sem ade sorang akan masuk kat bilik sbb ade katil kosong and really really hope that girl have such a nice attitude and boleh ngam with meeeeee

I think that's all from me now... I hope that all the people I loved in good condition and doing a good things.. I hope that you guys success with everything you do.. Salam sayang daripada dayah. I love you 💓

Saturday 16 July 2016

Anyeonghaseyo !!

Okay kita cerita pasal addmaths. Addmath is actually fun but itu kalau tahu cara nak buat lah kan kalau yang kita nih taktahu teknik ke tak pro basic math mmg kelaut lah ek.
Ini nak cita awal tahun haritu cg Azilah dah naik sekolah lepas je habis pantang. pastu dia boleh bagi quiz addmath yg boleh tahan susah gak pastu majority markah tak memuaskan hati cg so dia bagi marathon hw like srsly banyak gila and ade yg susah ade yg senang tapi tu normal lah kan buat apa nak complain hahahahha saje share. Sharing is caring right? hahaha.


To be continue..

Thursday 31 December 2015

Kek marble kukus

Hello babes!!

Today I wanna present to you all the results of my marble cake. Actually plan nak buat cake nih lepas kenduri haritu(26.12.15) and nak ajak niece sekali buat cake but tak kesampaian bcs too busy hahahah busy sangat and kebetulan sedara ade bawak cake marble takkan lah nak buat lagi kan. And today baru ade kesempatan tu pun teringat sbb bosan sangat tunggu hari sekolah tiba hahahah handphone pon senyap je takde noti masuk like mmg bosan gila so mood bake mmg on lah kan.
Then ajak adik buat cake since kita org je ade kat rumah kan so cari lah buku resipi mama but cari cari tak jumpa and otak fikir internet so tgk je resipi kat internet. Tawakal jelah jadi ke tak jadi kalau ikut internet nih. Then buat buat buat and dah siap adunan just tinggal asing asingkan kepada mangkuk mangkuk dengan kuantiti yg sama rata. Usually buat kek marble nih aku just pakai three colours je but harini nak buat different sikit cehhh different sangat hahahhaa aku pakai lima colours rmerah, kuning, hijau, biru and coklat ye aku tahu aku mmg langsung takde seni nak lawa lawa nih hahahaha buat janji sedap. Sedap ke?


kalau resipi mama masak dia bakar tapi nk try buat kukus pulak 


kukus selama sejam


  
And this is the results. hehe kalau nak rasa datang lah rumah. lambat habis tau! 

Byeeeee!! xoxo 

Monday 29 June 2015

luahan hati calon pt3

Assalamualaikum..

Tak sangka sebenarnya yang dah bulan enam dan lusa dah bulan Julai. Hahaha what a surprise!! Sekarang nih tengah buat kerja khusus geografi dan sejarah. Huh seriously stressed. Lagi lagi geo ah. Bukan nak cakap apa cuma yelah tajuk diberi adalah kajian kegiatan ekonomi di perumahan sendiri. Mungkin pada korang tajuk yang senang tapi korang dah tahu apa yang kene buat and whatsoever, korang akan what the hell it is!? hahahahahahaha And esok last day buat geografi and tadi pagi dah mula buat sejarah. Memang lost hahahaha. Yang gila nyaa tu bila kat sekolah tengah buat kerja khusus tu dah set dah dalam otak nak cari bahan itu ini kat rumah and then bila kat sekolah terus salin jeh tapi apa jadi bila kat rumah? I was blurrrrrrrrr. Macam orang bodoh tak tahu nak buat apa hahahahaha what so funny yaaaa. 
Okay. Tajuk dia kata buat kat perumahan sendiri kan? tapi masalahnya aku duduk sorang sorang kat Indahpura. All my friends mostly tinggal kat Bandar Putra. So nak buat kerja macam mana an. Kerja nih kene keluar rumah anda buat soal selidik bagai and takkan lah aku nak buat sorang sorang kat Indahpura nih ann? Huh memang tak lah ann. So I decided untuk buat kat Bandar Putra. I ada tanya cikgu pasal benda nih and she said "Em okay takpe. Hanya kita berdua sahaja yang tahu hee" hahahaha so greenlight pon dah bagi and aku on jeh. Ingat mudah lah bila buat dengan kawan dekat Bandar Putra nih tapi Ya Allah dia punya complicated dia mengalahkan masalah politik kau tahu tak!! Dengan tak bagi kerjasama bagai. Nih ha yang tak puas hati pasal budak laki batch aku. Seriously USELESS. Haa kau capslock aku bagi. Memang tak guna langsung. Yelah kita nih perempuan nak kerja luar memang batas lah kan dengan keselamatannya lagi, takut. Mak ayah tak bagi buat sorang sorang. yang haa aku nih lagi pasal jauh.Dari Indahpura nak ke Bandar Putra kene lalu traffic tau bagikan kita nak seberang sungai yang lebarnya 30 meter. kita kene lalu sampan kan kalau nak ke seberang haaa sama jugak macam kes aku. Aku nak pegi sana kene ade transport. To be honest aku ada transport boleh mintak tolong abang aki but seddenly haritu tanpa sengala ada les berlaku dia malas nak bawak aku pegi potong rambut. Ya aku mintak tolong dia since aku rimas gila. tapi malam tuh dia kata okay but esok nye masa sahur dia kata kat mak aku "ma pegi bawak dayah tuh. slaeng tuh jauh. huh dari sini nak ke bp pon dah semput lagi nak ke saleng" Seriously sentap! Tapi aku buat donno jelah. Act like aku tak dengar pape. Huh cara dia cakap tu mcm takda aku kat situ kan. what the hell. so aku pon dah tawar hati. Aku dah malas nak mintak tolong dia lagi untuk aku gi mana mana. Aku nih jenis tak suka nak susahkan orang. Kalau aku kintak tolong sekalai and dia rela hati aku tak kisah but kalau dia sebalaiknya, dia berat hati aku pon akan cakap "takpelah aku boleh buat sendiri" that's why aku nak amik gambar kat bp harini aku tak mintak tolong dia. Aku mintak tolong Dalina Anis(jiran yg baik). Ingat nak pinjam dai punya basikal tapi bila aku try basikal tuh mcm KO kan aku pon haih terpaksa lah mintak tolong anis hantar aku gi sana since dia pandai bawak kereta. Impress jugak aku aan. Umur 16 tahun dah boleh bawak kereta. Perempuan pulak tuh., hahahaha aku nih pon nak bawak motor terhenjut henjut hahahahha. So nak dipendekkan cerita Aku stressed dengan kerja khusus nih. sampaikan the ehole day aku moody rasa macam nak tampar jeh semua orang. Actually aku banyak lagi nak cerita tapi post aku dah too long lah aku terpaksa stop sampai sini jeh. So wish me luck!! I hope I'll success in my future and yours too !!! Aneyong..

xoxo

Thursday 17 July 2014

Satu post seribu cerita.

Hai readers ! 

Dah lama siot tak update post kat satu satunye blog kesayangan aku katekoo. Kesayangan lah sangat sampai takde masa nak update selalu. Kesiann akuu. Nih dah alang alang aku tulis, nih nak cerita satu story. Em nampak tak kat situ, "nak cerita satu story" Hahaha okay tak lawak. Punchline tak sampai katekooo. Kehkehkeh.

I'm very sad because my twitter tak boleh tweet. I don't know why benda nih tetiba berlaku. Haaa. Dah dekat seminggu dah tak tweet. Eh? yeke seminggu? Ammm entahlah tak kira. Alaa yang penting kat sini aku mmg dah lama tak tweet dan aku sekarang nih memang gian gila kot nak tweet. Haihhh tak tau camne boleh macamtu. Aku dah tanye kat kawan kawan aku dan they said that dorang tak tau pon. Aku nak tanya siapa lagi. Hmmm okay sekrang nih aku terpaksa buat account baru. Tapi sayang sangat dengan account lama. Adoyaii. Okay satu story dah lepas.

Nih second story. Sekarang nih hobi aku cari lagu, hafal lagu, download lagu dan nyanyi lagu. Yelah mentang mentang dah pandai download lagu pakai laptop, aku berleluasa lah kan. Dah pandai. Adalah hamba Allah sorang nih yang baik hati ajar aku macam mana nak download pakai laptop and now aku dah pandai. Yeyyy ! Yelah kalau tak asyik menyusahkan orang je suruh download kan untuk aku kan. Nanti aku yang kebulur lama noo suruh download tak download download. Iaitu abang aku kehkehkeh kalau dia tau yang aku mengupat  dia kat sini menmang habis kene pelengkung dengan dia. Minta ampun yaaaaa! ><

Okay third story. Alaa tak ape. Dalam satu post beribu cerita haaaaaa okay lah boleh buat tajuk post nih. Haha yang pasti apa yang aku tulis kat post kali nih memang terlintas kat tak aku dan tindakan refleks iaitu aku terus taip. So post kali nih memang panjang. Okay membebel banyak pon tak guna, cerita ketiga tak mula lagi. Okay start. Gini ceritanya. Aku sangat sedih. Hmm sedih lagi. Idk lah sebab semenjak dua menjak nih aku terlalu beremosi. Senang sangat mengalirkan air mata. Haduiii dah lama air mata aku nih berharga. Senangnyeee aku membazir. Adoyai. Idk Idk Idk. Cerita ke novel ke kalau aku tengok dan baca, even cerita tak berapa sedih but sedih lah juga haaa aku nangis. Kan macam apa. Maybe sistem saraf air mata rosak. kah kah kah

Okay habis disini sahaja cerita saya. Okay sekian Assalamualaikum readersss ! ~

*(Aku memang fail bab english so aku speak london pon sesaja je. Tapi kalau salah pon....
    who cares!? Hahaha kbye)
Daaaaa 

Tuesday 27 May 2014

Cuti sekolah

Hi Readers,

Cuti 19 hari dah start, korang kalau cuti mesti pergi melancong ke mana-mana an? Tapi aku tak, tepu duduk rumah. Makan, tidur, internet, hw dan berulang dalam masa 19 hari nih. Rutin harian aku untuk cuti 19 hari nih. Ada jugak lah beberapa hari balik kampung tapi sekarang kampung aku tak best macam dulu. Semenjak tok mak meninggal, semua berubah secara mendadak. Bila Hari Raya tiba, dah tak best sebb bila tok mak ada, mama ngan tok mak semua satu family akan gotong royong menyiapkan juadah untuk pagi raya. Sekarang dah takda. Bila balik kampung selalu tok mak akan masakkan bermacam-macam makanan untuk cucu-cucu dia. Aku rindu semua berkenaan dengan tok mak. Pemergian tok mak bagi impak yang besar dalam kehidupan aku. Terutama mama aku. Okaylah. Sedang kita teringat akan tok mak. Kita sedekahkan Al-fatihah untuk tok mak. Al-fatihah Faridah Surip ~

Homework untuk cuti sekolah tersangat lah banyak. Yelah baru habis exam, then dapat result. Bila dah dapat result confirm confirm lah kene buat corrections banyak gila babi. Aku dah tak pandai sangat then bila tak pandai confirmlah exam banyak salah. Huhh Dah dua hari cuti but still aku tak start lagi buat bende alah macam gunung tu. Okay lah readers. Korang mesti malas nak baca post aku yang panjang nih. Haha aku tahu, sebab bila aku pergi blog org pun aku malas nak baca post yang panjang berjela. Post yang akan datang aku buat pendek je k.

Assalamualaikum readers ~

Tuesday 25 March 2014

Menutup Aurat

Aku nak kongsi satu cerita yang buat aku berfikir dengan panjang.

Pada suatu hari sang helang telah membaham seekor arnab yg putih lagi comel. Eh nih cita apa. Bukan cita nih nak cita tapi cerita nih boleh buat pengajaran yang baik untuk kita.

Haritu aku ikut mak aku pergi market beli barang untuk masak laksa so dipendekkan cerita , time dah habis bayar kat casher tiba tiba mama kata,

"Ya Allah dayah,mama lupa beli nanas !"

"Alaa maa beli kat kedai runcit boleh apa" Aku buat muka bosan -.-

"Tapi kat sini murah" 

Dalam hati aku 'Alahai pulak dah'

"Dayah tunggu kejap eh? mama masuk jap"

"Okay,Dini meh teman akak" Panggil adik ~

"Ala kakak tunggu luar,mama kejap je nih,meh dini,ikut mama" Sambil diperhatikan oleh casher laki tu,buat aku bengang je,dah lah handsome haha sempat lagi tuu.

Okay aku pun keluar then pegi kat kedai tudung. Tengok sambil makan chipsmore..
Sambil aku tengok tu ada akak nih,dia tak pakai tudung pastu dia beli tudung. Pastu aku biarkan jelah then sambung tengok tudung kat situ.
Sambil aku tengok tengok, kak tu tegur aku. Aku terkejut.

"Dik, tumpang tanya, panas tak pakai tudung?"

"Err tak. Tak"

"Ouh ya ke? Dah tua bangka macam nih baru nak pakai tudung. ha ha" Dia tak lah tua. Dalam 20 an gitu. Cantik orangnya.

"Haha baru baru mmg lah rasa panas, lama lama okay lah,nnti selesa"

"Ouh ya lah dik, Terima kasih ya"

"Hee sama sama"

Pastu dia pegi. Then aku pun terfikir sejenak. Alhamdulillah Tergerak hati dia untuk menutup aurat. Tambah sorang kaum hawa yang ingin menutup segala yang dikatakan aurat. Syukur.

The moral of the story is Janganlah judge orang yang baru nak menutup aurat ataupun yang ingin menuju kearah kebaikan malah kita harus bersyukur kerana dia sudah mendapat hidayah daripada Allah untuk menutup aurat .Alhamdulillah :)