playlist

Thursday, 17 July 2014

Satu post seribu cerita.

Hai readers ! 

Dah lama siot tak update post kat satu satunye blog kesayangan aku katekoo. Kesayangan lah sangat sampai takde masa nak update selalu. Kesiann akuu. Nih dah alang alang aku tulis, nih nak cerita satu story. Em nampak tak kat situ, "nak cerita satu story" Hahaha okay tak lawak. Punchline tak sampai katekooo. Kehkehkeh.

I'm very sad because my twitter tak boleh tweet. I don't know why benda nih tetiba berlaku. Haaa. Dah dekat seminggu dah tak tweet. Eh? yeke seminggu? Ammm entahlah tak kira. Alaa yang penting kat sini aku mmg dah lama tak tweet dan aku sekarang nih memang gian gila kot nak tweet. Haihhh tak tau camne boleh macamtu. Aku dah tanye kat kawan kawan aku dan they said that dorang tak tau pon. Aku nak tanya siapa lagi. Hmmm okay sekrang nih aku terpaksa buat account baru. Tapi sayang sangat dengan account lama. Adoyaii. Okay satu story dah lepas.

Nih second story. Sekarang nih hobi aku cari lagu, hafal lagu, download lagu dan nyanyi lagu. Yelah mentang mentang dah pandai download lagu pakai laptop, aku berleluasa lah kan. Dah pandai. Adalah hamba Allah sorang nih yang baik hati ajar aku macam mana nak download pakai laptop and now aku dah pandai. Yeyyy ! Yelah kalau tak asyik menyusahkan orang je suruh download kan untuk aku kan. Nanti aku yang kebulur lama noo suruh download tak download download. Iaitu abang aku kehkehkeh kalau dia tau yang aku mengupat  dia kat sini menmang habis kene pelengkung dengan dia. Minta ampun yaaaaa! ><

Okay third story. Alaa tak ape. Dalam satu post beribu cerita haaaaaa okay lah boleh buat tajuk post nih. Haha yang pasti apa yang aku tulis kat post kali nih memang terlintas kat tak aku dan tindakan refleks iaitu aku terus taip. So post kali nih memang panjang. Okay membebel banyak pon tak guna, cerita ketiga tak mula lagi. Okay start. Gini ceritanya. Aku sangat sedih. Hmm sedih lagi. Idk lah sebab semenjak dua menjak nih aku terlalu beremosi. Senang sangat mengalirkan air mata. Haduiii dah lama air mata aku nih berharga. Senangnyeee aku membazir. Adoyai. Idk Idk Idk. Cerita ke novel ke kalau aku tengok dan baca, even cerita tak berapa sedih but sedih lah juga haaa aku nangis. Kan macam apa. Maybe sistem saraf air mata rosak. kah kah kah

Okay habis disini sahaja cerita saya. Okay sekian Assalamualaikum readersss ! ~

*(Aku memang fail bab english so aku speak london pon sesaja je. Tapi kalau salah pon....
    who cares!? Hahaha kbye)
Daaaaa 

Tuesday, 27 May 2014

Cuti sekolah

Hi Readers,

Cuti 19 hari dah start, korang kalau cuti mesti pergi melancong ke mana-mana an? Tapi aku tak, tepu duduk rumah. Makan, tidur, internet, hw dan berulang dalam masa 19 hari nih. Rutin harian aku untuk cuti 19 hari nih. Ada jugak lah beberapa hari balik kampung tapi sekarang kampung aku tak best macam dulu. Semenjak tok mak meninggal, semua berubah secara mendadak. Bila Hari Raya tiba, dah tak best sebb bila tok mak ada, mama ngan tok mak semua satu family akan gotong royong menyiapkan juadah untuk pagi raya. Sekarang dah takda. Bila balik kampung selalu tok mak akan masakkan bermacam-macam makanan untuk cucu-cucu dia. Aku rindu semua berkenaan dengan tok mak. Pemergian tok mak bagi impak yang besar dalam kehidupan aku. Terutama mama aku. Okaylah. Sedang kita teringat akan tok mak. Kita sedekahkan Al-fatihah untuk tok mak. Al-fatihah Faridah Surip ~

Homework untuk cuti sekolah tersangat lah banyak. Yelah baru habis exam, then dapat result. Bila dah dapat result confirm confirm lah kene buat corrections banyak gila babi. Aku dah tak pandai sangat then bila tak pandai confirmlah exam banyak salah. Huhh Dah dua hari cuti but still aku tak start lagi buat bende alah macam gunung tu. Okay lah readers. Korang mesti malas nak baca post aku yang panjang nih. Haha aku tahu, sebab bila aku pergi blog org pun aku malas nak baca post yang panjang berjela. Post yang akan datang aku buat pendek je k.

Assalamualaikum readers ~

Tuesday, 25 March 2014

Menutup Aurat

Aku nak kongsi satu cerita yang buat aku berfikir dengan panjang.

Pada suatu hari sang helang telah membaham seekor arnab yg putih lagi comel. Eh nih cita apa. Bukan cita nih nak cita tapi cerita nih boleh buat pengajaran yang baik untuk kita.

Haritu aku ikut mak aku pergi market beli barang untuk masak laksa so dipendekkan cerita , time dah habis bayar kat casher tiba tiba mama kata,

"Ya Allah dayah,mama lupa beli nanas !"

"Alaa maa beli kat kedai runcit boleh apa" Aku buat muka bosan -.-

"Tapi kat sini murah" 

Dalam hati aku 'Alahai pulak dah'

"Dayah tunggu kejap eh? mama masuk jap"

"Okay,Dini meh teman akak" Panggil adik ~

"Ala kakak tunggu luar,mama kejap je nih,meh dini,ikut mama" Sambil diperhatikan oleh casher laki tu,buat aku bengang je,dah lah handsome haha sempat lagi tuu.

Okay aku pun keluar then pegi kat kedai tudung. Tengok sambil makan chipsmore..
Sambil aku tengok tu ada akak nih,dia tak pakai tudung pastu dia beli tudung. Pastu aku biarkan jelah then sambung tengok tudung kat situ.
Sambil aku tengok tengok, kak tu tegur aku. Aku terkejut.

"Dik, tumpang tanya, panas tak pakai tudung?"

"Err tak. Tak"

"Ouh ya ke? Dah tua bangka macam nih baru nak pakai tudung. ha ha" Dia tak lah tua. Dalam 20 an gitu. Cantik orangnya.

"Haha baru baru mmg lah rasa panas, lama lama okay lah,nnti selesa"

"Ouh ya lah dik, Terima kasih ya"

"Hee sama sama"

Pastu dia pegi. Then aku pun terfikir sejenak. Alhamdulillah Tergerak hati dia untuk menutup aurat. Tambah sorang kaum hawa yang ingin menutup segala yang dikatakan aurat. Syukur.

The moral of the story is Janganlah judge orang yang baru nak menutup aurat ataupun yang ingin menuju kearah kebaikan malah kita harus bersyukur kerana dia sudah mendapat hidayah daripada Allah untuk menutup aurat .Alhamdulillah :)